test

Hukum Mencukur Sebahagian Rambut Dalam Islam




Pernah kah anda melihat fesyen-fesyen rambut pemain bola, artis serta orang lain berfesyen seperti ini. Nampak menarik serta lain dari lain kan? Tapi tahukah anda potongan rambut seperti ini adalah HARAM di sisi ISLAM.

Fesyen mengayakan rambut dengan cukuran separuh,Sudah menjadi trend dalam kalangan remaja.Tapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa ianya adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.

Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.

Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Ramai masyarakat hari ini mengenakan potongan rambut seperti ini. Adakah mereka tidak tahu hukum menggayakan rambut seperti ini? Ayuh sebarkan kepada semua supaya masyarakat ISLAM jelas dalam menggayakan rambut.
Share on Google Plus

About hapdate

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment